Seminar Keluarga Sunnah Oct 2017

Pernah sekali buku saya tersenarai dalam carta BESTSELLER di MPH, bersebelahan dengan buku "Isteriku Bidadariku" oleh Ustaz Ebit Lew.
.
Masa tu dah happy gila dah.
Terus tergopoh gapah keluarkan phone, sebab nak bagitahu satu kampung. 😂
.
Dan Sabtu lepas, saya berpeluang dengar seminar Ustaz Ebit secara live dan berkesempatan berbual dengan beliau.
.
Kalau buku tercalon sebelah buku ustaz pun dah riuh sekampung, boleh bayangkan tak camane bila dapat berdepan dengan Ustaz Ebit?
EXCITED tahap sesak nafas oii. 😂
.
Nak-nak bila Ustaz Ebit cakap (berkenaan buku saya)--
"Tahniah puan. Semoga Allah terus sayang puan sekeluarga."
.
Allahhhhh terus aminkan 800 kali lalu meninggal dalam iman. Hahah.
Memang lain betul auranya bila berdampingan dengan orang-orang yang tinggi ilmu ni.
.
Mungkin ini lah salah satu kekuasaan Allah yang ditunjukkan melalui hambaNya.
Kuasa ilmu. 😊
.
So hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca,
dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊
.
Apa pun, tahniah kepada Ustaz Ebit Lew & Transform Training & Consultancy di atas anjuran sebuah majlis ilmu yang sarat dengan manfaat dan impak yang paling meresap ke dalam jiwa!
InsyaAllah tahun depan kami nak join lagi Seminar Keluarga Sunnah ni.
Sebab best sangattttttt! 👍👍👍
.
.
.
More info:
www.keluargasunnah.com

#JijiTurns30



In two days, I will be 30. 😌

Some say—
Life begins at 30

And some studies say—
kematangan dan kecantikan wanita akan berada di kemuncak pada usia 30 tahun.

Wah!
Macam memujuk hati sendiri je baca research camni 😂
.
But to me --
life begins everyday.

Because in life, we shouldn’t stay at the same spot, at the same place, at the same level.
We need to keep stepping forward, moving further, taking risks, and leveling up everyday. Kan? 

And to begin a "new life", 
we need to get out of our comfort zone. 

Hidup ni macam main game. 
Fasa demi fasa. 
Level demi level. 

And at each level, there'll be difficulties, problems, distractions, obstacles, challenges. 
And after every winning, we feel happy. 
But we never stay at that level, to keep playing and winning the same level. 

We straight away enter a new beginning, 
and get ready to face new challenges. 

Dan begitu lah seterusnya, dan seterusnya. 
Macam sama saje proses nya. 
But we actually get stronger and wiser as time goes by. 

Dalam hidup pun macam tu. 
Our age symbolises our level of life. 
.
So harapnya bila dah masuk 30 ni, 
saya ada kematangan dan kewarasan yang sepatutnya lah ye. 😂

And to begin this new stage of life,
I thought of spending some time with beautiful children who always have a special spot in my heart. 
.
Anak-anak--
di rumah kebajikan, anak yatim, asnaf, pelarian dan homeless.

Sebab bagi saya--
these children are the unsung heroes who teach me the true meaning of life.

They never be in a comfort zone, even for one day. 
They are tested everyday. 
They struggle everyday. 
They compete everyday. 

They learn life, 
and live life one day at a time. 
And they manage to start a new life, 
with a strong spirit, 
every single day. 

So because these children are so strong and unbreakable, 
saya nak "pinjam" semangat mereka, 
to begin my "3 series" journey. 😁

Saya akan pilih beberapa rumah kebajikan di sekitar Perak dan Selangor, dan hulurkan sikit sumbangan kepada mereka. 
If possible dan jika diizinkan pihak rumah kebajikan tersebut, i will be spending some time with them too. 

So today, I would like to invite you my dearest followers to join me to do what we can, for these children. 

Ada DUA options yang anda boleh pilih to be part of this flash charity program--


1) Direct transfer your donation to my account. 

Maybank : 1627 3103 8753
Adlil Rajiah Binti Mohd Nasir
Recipient’s reference: Jiji30

Akaun ni saya dah kosongkan, supaya 100% duit yang masuk boleh disumbangkan sepenuhnya.

There's no minimum or maximum donation. 
Just give how much u can give. 
50 sen, saya terima. 
RM2 juta punnnn saya terima. 


2) Melalui pembelian buku dan LOOKISSLAH Doodle Tshirt. 

You can choose to buy for yourself, atau beli untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan. 

Kalau beli untuk diri sendiri, RM3 from your payment will go directly to the tabung. Kalau beli untuk disumbangkan, bayar harga biasa, dan saya akan serahkan buku / doodle tee tersebut kepada rumah kebajikan yang terpilih nanti.

Proses pembelian adalah seperti biasa, melalui whatsapp --

Buku: 011 5289 0825 
Link: www.wasap.my/601152890825

 

Lookisslah: 019 610 1261 
Link: www.wasap.my/60196101261




Semua sumbangan hanya diterima sehingga 15/9/2017 (ESOK), 
jam 12 tengahmalam.

Dan akan mula diedarkan pada 16 September 2017, secara berperingkat. 

Ye, hari ni dan esok je ye tuan puan. 
Sebab memang last minute punya plan nih. 😂
Nanti petang ni saya cerita kenapa tetiba tergerak hati nak buat flash charity untuk birthday kali ni. 

Kalau ikut plan asal, nak pergi maldives je. 💁
Ok gurau. Hahah. 

So pilih la mana-mana option donation, yang paling mudah untuk korang ok? 
Yang penting, kita BERI. 
.
Mana lah tahu ada yang berhajat apa-apa,
atau sedang diuji dan mahu Allah permudahkan sesuatu,
atau tengah ditarik nikmat kesihatan dan mahu Allah berikan kesembuhan,
this may be the reason untuk Allah perkenankan hajat-hajat tersebut.

Sebab fadhilat MEMBERI ni sangat luas.

We will get richer,
when we make people rich.
We will live happier, 
when we make people happy.
We will always get more,
when we give people more.

Itu janji Allah. 
Dan Dia tak pernah mungkir. 

May this 16th September, 
will turn me into a better muslim, a better wife, a better mother, a better daughter, a better sister, a better everything, InsyaAllah. 
Korang doakan, ye? 😁


Help me spread the love, dan kalau korang tahu mana-mana rumah kebajikan atau keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Perak & Selangor, kindly drop a comment below. Nanti saya akan take note untuk bahagi2kan sumbangan yang diterima. 

Thank you, guys! 

#JijiTurns30

#WeLiveToGive